Wednesday, February 2, 2011

Universiti cuti setahun?


Okey, kalu ni aku bersemangat nak menulis blog. Wah, inilah pertama kali terjadi pada diriku mahu menulis blog dengan bersemangat. mana tidaknya, aku mendapat info yang mengatakan Universiti Al-Azhar cuti selama setahun. Mak aii, terbeliak matai aii you know~!! tak pernah2 terjadi dalam sejarah dunia Universiti cuti selama setahun. Lagi kesian, budak medik di tahun akhir, sesudah 6 tahun belajar, kene extend lagi utk tempoh 7 tahun. Lagi padah, yang merancang nak berkahwin, alahaii.. kesian. Aku di sini pon mengeluh.

Tetapi, apa yang dibimbangi oleh rakyat2 disini, mana laa tau terencat proses pembelajaran student2 sana. setahun bercuti merdeka ooo! Diharapkan mereka bersabar. Teruskan perjuangan. Aku ada dengar2 cakap, ada student tahun 1 sana yang sanggup utk mengisi semula UPU utk tahun ini menggunakan result spm tahun lepas. Katanya, lagi elok belajar di Malaysia. Ini atas fikiran mereka. Lain orang lain fikiran. Kalau guna fikiran aku, lebih baik kahwin terus. tak payah belajar. Lebih2 kepada anak dara. Hehehe. Kalau lelaki, sori laa, takkan nak bagi anak bini makan pasir berlaukkan cacing tanah bersayurkan daun2 pokok berairkan air paip KOWT!

Bila ada Universiti bercuti sampai 6 bulan, setahun, aku mula terfikir. Bilakah German-Malaysian Institute nak bagi kami cuti seperti diorang. Ni kan 1 semester bagi cuti 3 minggu jer. tak ker panas hati! lagi aku x boleh terima, ketika hari perayaan pon x bagi cuti spt cuti raya haji tahun lps! HUHH! Rasanya nak merusuh macam oran
g mesir buat jer, demi meminta tempoh cuti dipanjangkan. hehehe

AGAK2 APA YANG STUDENT SANA TGH BERFIKIR BILA TAHU MEREKA CUTI PANJANG?
GEMBIRA SAMPAI MELOMPAT2 SEHINGGA X IGT DUNIA?

Monday, January 31, 2011

YA ALLAH. SELAMATKAN PELAJAR2 MALAYSIA DISANA.

Sekarang ni gempar di seluruh dunia tentang pergolakan mesir. di sini, aku copy dari blog JOMPHP kerana aku ingin blogger2 tahu betapa sengsara mesir disana.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Sunday, January 30, 2011

KESABARAN ADA BATASNYA ATAU KITA YANG MEMBATASKAN KESABARAN?

Memang betul. kesabaran yang ditanggung, jika terlalu banyak, kalau dilepaskan pasti akan meletup gedebum punya. itulah aku. kadang2 aku rasa benda yang patut aku lepaskan, aku bersabar jugak. memang lebih baik berterus terang, tapi bila pikirkan keburukan dia, lebih baik aku simpan. tapi,, aku tahu, bila lama2 berkubu di dalam hati, lama kelamaan, pasti aku akan melepaskannya. dan terjadilah satu letupan mak aihh macam gunug merapi yang meragut beribu2 orang di indonesia tahun lepas.

Aku menarik membuat entri tentang sabar kerana aku ada terbaca ttg artikel,
"KESABARAN ADA BATASNYA ATAU KITA YANG MEMBATASKAN KESABARAN?"
kadang2 aku dengar orang cakap, 'Hey! kesabaran ada batasnya!' dengan nada yang marah.Bila dah marah, muka pon macam singa, kalau tersilap langkah, silap jeling sikit jer dah lebam biji mata.
Pada hakikatnya, bila dipikirkan, jika mengambil dan menjadikan Rasulullah sbg contoh, sebenarnya KITA YANG MEMBATASKAN KESABARAN ITU!
contohilah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah berasa marah walaupon dicaci dan dihina. malah, baginda mendoakan kepada mereka yg mencaci dan menghina beliau mendapat limpahan kurnia. kita kadang kala terlepas marah bukan sebab kita ada batas kesabaran. tapi kerana kita kadang kala terlupa(disebabkan syaitan).

jadi, lepas nih, kalau ada orang kacau awek2 korang, janganlah marah. Bersabar~!! hehhe

sekian sahaja ceramah dari aku. ustaz akif bin mazlan.

Tuesday, January 25, 2011

PERCAYA? YAKIN?

Kata orang, Yakin dan Percaya itu lebih kurang sama.
Yer, Aku PERCAYA Allah itu ada! Aku YAKIN Allah itu ada!
Aku PERCAYA aku boleh berjaya! Aku YAKIN aku boleh berjaya!
Walhal, dalam bercinta pon, Aku PERCAYA kepada si 'dia! Aku YAKIN kepada si 'dia'!
Nampak lebih kurang sama betul? Iyer, aku pon pike ia lebih kurang sama. macam tiada beza. kenkadang benda kecil macam ini lah kita tak ambil peduli, padahal ia teramat lah penting. Sama lah ia macam anda sebagai lelaki tak ingat untuk zipkan seluar jeans anda. Ia benda mudah sgt utk zip kan seluar anda itu. sungguh simple. Tetapi jika anda tersilap langkah tersalah cara terlupa untuk zip kan seluar itu, ia memakan diri! Ia membabitkan soal maruah diri. Mungkin sebulan anda tidak berani untuk keluar rumah. Nampak tak nampak tak?
begitulah persamaan yang aku ingin utarakan bagaimana pentingnya mengetahui perbezaan antara percaya dan yakin dengan terlupa menutup zip seluar. Mudah dan simple tetapi pentingnya teramat besar.
* entah apa2 aku cari contoh. hehe

Okey, izinkan aku meneruskan karangan skema aku ini. Semestinya anda anda semua terfikir apakah perbezaan nya antara percaya dan yakin. Sebenarnya aku pon x tahu! kua3.
btw, aku dapat bezakan nya dengan satu cerita. Sungguh menyayat hati. sungguh sedih dan pilu. siap sedia dengan tisu lah wahai anak anak yer. Aku nak mulakan cerita yer!

Ada sorang makcik nih, FULLAMAK! dia memanah memang tahap gaban, tahap dewa, tahap cipan dan juga semua tahap2 yang tinggi yang ada di bumi ni. memang terbaik dari ladang lah! semua pertandingan yang dia sertai memang KONPEM dia menang. Kalau semut kat dinding tuh, kalau dia panah, sikit2 jer lagi nak kena. Tipu sangat laa tuh kalau panah semut kat dinding pon kena. Melainkan aku mungkinlah. hehe Okey, nak dijadikan cerita, makcik nih telah dijadikan idola oleh semua lelaki di dunia ni, semua PERCAYA yang dia adalah memang wanita ajaib dan terbaik. pergi kedai mamak tanya tentang makcik ini, semua menangkat tangan kerana PERCAYAKkan terhadap kebolehanya. Termasuk lah aku turut mengangkat tangan. Bukan hanya tangan, kaki kaki pon aku angkat. Aku PERCAYA kan kebolehannya!

Di suatu ketika, seorang kawanku, yang mana kawan ini banyak merubah hidup aku. dia datang dan bertanya,
'adakah anda percaya kepada kebolehan mak cik itu?'
'YER, Aku percaya! aku memang percayakan dia!' jawabku dengan yakin.

'Adakah anda juga YAKIN mak cik itu memang pemanah yang tepat? maybe 99% dia memanah adalah tepat'
'YER! aku teramatlah YAKIN'
'betul YAKIN ni?'
'iyer! aku YAKIN!'

Lantas, kawanku dengan muka yang bengis, mengambil sebiji epal hijau yang sedap, dan meletakkannya diatas kepala ku. dengan jarak 100 meter, dia menyuruh makcik pemanah itu memanahkan tepat kerah epal itu yang mana berada betul2 diatas kepala ku.

lantas kawan aku sepatah bercakap,
'kau dah percaya bahawa makcik ini seorang pemanah yang bijak. Tetapi kau juga cakap kau YAKIN akan dia. jadi sekarang aku nak tengok tahap keyakinan kau. Sanggup ker kau membenarkan makcik itu memanah epal ini secara tepat yangmana berada diatas kepala kau ni?'

aku melawan,
' GILA KAU! KAU GILA! kalu makcik tu tersalah panah terkena dahi aku, mana tak mati aku! aku tak berkahwin lagi! Ahhhh! aku x setuju!'

kawanku membidas,
'Laa, tadi kata yakin. kalau kau yakin sepatutnya kau juga yakin bahawa makcik ini akan memanah dengan tepat tnpa menganggu bahagian muka kau. Memang semua orang boleh percaya, tapi utk mendapat tahap yakin itu, Itulah yang susah! Susah! susah!'

Nampak tak nampak tak? kita boleh percaya kepada semua benda, tetapi untuk mendapat keyakinan yang tinggi didalam suatu perkara itu adalah susah. Mungkin di mulut kita cakap kita yakin, tapi pada hakikatnya tak.

Begitulah kita di kehidupan harian, kita percaya Allah itu ada. Tapi betul2 yakin ker kita bahawa Allah itu ada?
Kita percaya kita boleh berjaya, tapi betul2 yakin ker kita terhadap diri kita.
Kita percaya pada cinta, tapi betul2 akin ker kita pada cinta?

sama2lah kita renung2kan.

Sunday, January 23, 2011

LEPAK!



Lepak itu perkara biasa bagi aku. banyak tempat lepak yang best.

"jom keluar, lepak kedai mamak". Sampai berbulu lu
bang telinga aku selalu jer dengar perkataan ni bila diajak member utk keluar lepak.

Lagi best kalau selalu tukar tukar tempat lepak. dah biasa sangat dengan pantai dan kedai makan. Aku bosan tau!

Dan akhirnya aku sudah menemui tempat lepak best di kolej ni. wah, haru biru hati aku dapat merasakan nikmat lepak yang sebenar. Kata orang, selain
mengorat perempuan, kita akan dipanggil lelaki sejati kalau kita
selalu lepak. hehhee


Dan ini lah kerja hebat kami buat, untuk ke tempat lepak sana, kene naik ke tingkat 11, kene merangkak , menyorok, dan baru lah sampai disini. hasilnya adalah mengujakan. aku sukakan tempat yang berpemandangan indah.
Ini tempat lepak yang hebat! so amazing. awesome!

*boringnya, aku x pndai menulis blog.




Thursday, January 20, 2011

berserah segalanya

Aku adalah hamba Allah setiap ketika,
Daripada Dia aku datang,
Kepada Dia aku kembali,
Dalam aku ada Dia,
Dalam Dia ada aku...

Oh...Tuhan,
Tidaklah aku layak,
Untuk syurgaMu,
Namun aku tak berdaya,
Menahan panas nerakaMu,

Aku tak terpaksa memilih syurga,
Demi pengertian pada hukum alam,
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan,
Walaupun sesat jalan...

Monday, January 17, 2011

rambut pendek

baru hari ini aku merasakan aku tak menyesal memotong rambutku. mana taknya, sesi pendaftaran semester baru hari ini, ramai student yang kelihatan bangga dengan rambut panjang dan berfesyen akhirnya tersungkur jugak ditangan lecturer dan abang berdisiplin itu. kata mereka, ingatkan cerah sampai ke petang, akhirnya hujan di tengahari.
wah! aku gembira gembira dan kini aku boleh berbangga aku terlepas hukuman dari digunting rambut oleh orang yang tidak berjiwa muda, hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails